Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sebuah dokumentari 40 minit yang membongkar kegiatan sekumpulan pengganas Mossad menjadi tayangan menarik untuk para perwakilan di perkarangan kemuncak persidangan NAM.Tayangan ini membongkar wajah sebenar ejen-ejen pengganas yang bertanggung jawab dalam pembunuhan pakar Nuklear Iran selain lakonan semula modus operandi pembunuhan tersebut disamping menyiarkan pengakuan ejen-ejen Mossad.Duta besar Bolivia Jorge Miranda Luizaga di perkarangan persidangan mengulas dokumentari tersebut dengan mengatakan, "Kami mengutuk pembunuhan pakar Nuklear Iran, dan kami yakin Republik Islam Iran mempunyai kedudukan yang tinggi dari perspektif politik."Duta Bolivia ini menambah, "Sudah tentu filem ini akan ditayangkan di Bolivia."Katanya lagi Menteri Luar negaranya akan tiba di Tehran semalam.Luizaga turut memaklumkan kehadiran presiden republik Bolivia Evo Morales selaku deligasi ke Iran.
26 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 340083
Dokumentari 40 minit "Kelab Pembunuh" ditayangkan di perkarangan persidangan NAM.